Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Banyakkan saya dapat 'tangkap'? Ini merupakan hasil pembelian saya dengan bermodalkan BB1M iaitu baucer buku yang di 'provide' kan untuk semua pelajar IPT seMalaysia. Gerai buku ni terletak betul-betul di hadapan kedai menjual aksesori komputer depan 'library'. Benda ni mungkin akan mengambil masa selama 2 bulan (mungkin). Kerana ianya tersangat banyak. Saya tertarik dengan kedai buku ini kerana mereka giat membuat promosi tentang buku mereka. Habis hampir RM 150 (sebelum gst) di gerai buku ini semata mata ingin membeli buku terbitan 'fixi'. Oh ya. Lupa nak beritahu nama penerbit. Penerbitnya adalah fixi dan syarikat ini memperjudikan karya karya yang sangat bermutu tinggi hasil tangan karya seni penulisan anak Malaysia. Antara buku yang saya beli adalah Horror stories and last breath by tunku halim, patung, Pskizo, mental, tabu dan kougar, dan juga jerat. Jika dilihat genre buku yang dibeli semua bergenre seram dan suspens. Sebab genre ini adalah genre buku yang paling saya minati sejak di bangku sekolah lagi. Setakat disini sahaja post saya yang kedua ini. Post yang akan datang, saya akan cuba mengolah dengan begitu baik sekali mengenai buku buku yang telah saya baca.
Sekian. Assalamualaikum w.b.t