Wednesday, 1 April 2015

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca sekalian

Ini adalah 'post' pertama saya dalam blog baru ini. Blog ini dibuka semata-mata memenuhi syarat dalam pengambilan kursus SGDN1043 Sains Pemikiran dan Etika. Berbalik kepada tajuk 'entry' pada kali ini dan ianya mungkin agak mengejutkan para pembaca sekalian. Mesti pada kotak minda anda bertanya tanya. Adakah saya mempunyai pacar atau kekasih sedangkan masih dialam pengajian ? Sebenarnya tajuk ini dipilih apabila tiba-tiba terfikir 'bilalah aku nak mempunyai kekasih'? Sudahlah rupa tidak setampan Aaron Aziz dan dari persoalan yang ter'pop-up' di dalam kotak minda saya inilah yang tercetusnya idea menulis 'first post' di medan blog ini dengan tajuk yang agak berani. Cinta Pandang Pertama. Cinta bukan hanya pada makhluk yang bernyawa sahaja tetapi juga kepada pada benda yang tidak bernyawa. Buku contohnya! Ya, saya memang minat buku. Bukan minat untuk membeli semata mata ingin membazir sahaja, tetapi minat untuk membaca isi yang ada di dalam buku tersebut. Suka saya mengingati kata pensyarah saya yang berbunyi; buku merupakan jendela. Jendela bagi kita untuk melihat dunia luar. Jikalau kita tidak mempunyai jendela, nescaya kita hanya seperti katak dibawah tempurung. Memetik kata Jacqueline Kennedy, ada banyak cara kecil untuk meluaskan dunia anak-anak. Cinta buku adalah yang terbaik dari segalanya. Dari kata katanya itu, boleh kita simpulkan bahawa buku itu penting dan mungkin satu benda yang boleh membuka minda kanak-kanak diusia muda. Kesimpulannya, buku yang dibeli tidak harus ditatap semata mata dan harus dibaca agar kita tidak menempurung bersama katak. 

Sekian, Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment